• home

Alhamdulillah Tempahan Red Velvet Cupcake Lagi







Alhamdulillah sebelum pergi bercuti sempena Cuti Tahun Baru China, saya masih lagi menerima tempahan untuk Red Velvet Cupcakes yang sangat moist dan menjadi pujaan ramai itu. Inilah rezeki anak anak, sebelum Nana memulakan housemanship program bulan Mac, dapat lah juga mengambil tempahan dan mendapat duit poket. Syukur ke Hadrat Illahi dengan rezeki yang dikurniakan. Itulah yang dikatakan bahawa Allah akan memberi rezeki pada setiap hambaNya. Tanamkan sepenuh keyakinan di dalam hati supaya tidak berkeluh kesah dan berserah segalanya  hanya kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Berbalik kepada tempahan hari ini, saya masih menggunakan resepi cupcake dan frosting sama yang  pada saya sangat sesuai dengan selera dan citarasa saya. Oleh kerana kawan baik saya menempah untuk dijadikan hadiah CNY, maka saya telah mengikat riben berwarna merah sesuai dengan warna tema perayaan ini. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua pembaca blog saya yang berketurunan Cina walau di mana mereka berada.






Red Velvet Cake In A Jar, Door Gift Istimewa Buat Tetamu





Selain Rainbow cake yang moist dan cantik berwarna warni, Red Velvet juga cantik dibakar di dalam jar dan dihias cantik sebagai pemberian kepada tetamu. Saya memang penggemar kek Red Velvet yang mempunyai perisa coklat dan sangat lembab sejak dahulu lagi. Maklumbalas yang diterima dari tetamu kami yang menerima cake in jar semasa majlis pertunangan Nana yang rata rata gembira dengan keunikannya menyebabkan saya hari ini menyediakan kek Red Velvet pula di dalam jar.




Ada pelbagai jenis pembuatan kek in jars, ada yang dibakar di dalam bekas muffin dan kemudian dipotong dan dimasukkan ke dalam jar dan ada pula yang terus dibakar di dalam jar. Saya memilih cara kedua di mana ianya dibakar di dalam jar. Selain nampak lebih kemas, ianya juga lebih "real" berbanding dengan cara pertama. Lebih mengujakan walaupun ianya lebih remeh dan rumit. Saya pasti orang yang menerimanya juga lebih teruja dengan cara kedua.

Jika mempunyai majlis di rumah seperti majlis pertunangan, majlis nikah atau harijadi, apa kata diberikan Red Velvet Cake In A Jar sebagai buah tangan. Pemberian yang unik ini, lebih lebih lagi jika pertama kali mereka menerima gift seumpama ini, pasti akan dikenang sampai bila bila.

Sekiranya berminat untuk membuat tempahan, bolehlah email di azieshoppe@hotmail.com.






Tempahan Red Velvet Cupcakes Untuk Hadiah CNY







Semasa bertembung dengan Puan Rin, my BFF di lobi, beliau mengucapkan takziah di atas pemergian my MIL ke rahmatullah pada malam Maulidur Rasul yang lepas. Sempat juga dia meminta saya membuatkan Red Velvet Cupcake untuk dihadiahkan kepada sahabat sahabat beliau sempena menyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Oleh kerana tempahan kali ini agak banyak jumlahnya, jadi saya tidak mahu menanggung risiko dengan mencuba resepi baru. Saya memutuskan untuk menggunakan resepi yang telah banyak kali dicuba dan proven sedap sertai moist. Cuma resepi cream cheese jer, saya mencuba resepi baru kerana inginkan cream cheese yang betul betul sedap dan cantik bila digunakan untuk menghias cupcakes. Resepi ini dipelajari dari sahabat saya dari Juicy Cafe.

Sebenarnya sejak kebelakangan ini, saya menjadi terlalu insaf melihat hakikat kehidupan. Hidup yang dikelabui dengan timbunan harta, kemilau intan berlian serta pangkat darjat. Mungkin sebab dalam waktu yang singkat, saya telah melihat 2 upacara solat jenazah dan pengkebumian. Menjenguk sendiri lubang liang lahad menjadikan saya merasa amat kerdil bila mana jasad terkujur ditinggal di dalam kubur sendirian. Hanya amalan soleh, sedekah jariah, ilmu bermanafaat dan doa anak yang soleh dapat membantu.  Kubur akan diluaskan sebanyak 70 hasta. Semua orang yang disayangi serta harta benda akan ditinggalkan. Tiada lagi guna semua itu kerana ianya tidak akan ikut serta menemani... Sesungguhnya kita diingatkan supaya mengingati kematian dan apa yang berlaku selepas kematian.  

Jom kita layan resepi dulu....




Moist Red Velvet Cupcake 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 1/2 cawan superfine flour
1 1/2 sk garam
3 sb high quality cocoa powder
170 gm unsalted butter – lembut
2 cawan gula kaster
3 biji telur - saiz besar suhu bilik
1 1/2 sk vanilla essence
3 sb red food colouring
1 1/2 cawan buttermilk (1 cwn susu & 1 sb jus lemon)
1 1/2 sk cider vinegar
1 1/2 sk baking soda

Cara-cara:
Satukan dan ayak tepung gandum, garam dan serbuk koko.

Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit. Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).

Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.

Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan esen vanilla dan kacau sebati.

Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).

Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:

Cupcake dibakar selama 20-25 minit pada suhu 170'C.


Cream cheese Frosting

Bahan bahan:
250 gram cream cheese
60 gram gula ising
200 gram non dairy whipping cream - pukul hingga bertanduk

Cara cara:
Putar cream cheese dan gula ising hingga fluffy dan masukkan whipping cream. Pukul sebati. Sedia untuk digunakan. 

Nota:
Baki whipping cream boleh disimpan








Label

Agama dan Kepercayaan (1) Analisis Numerik (1) Antropologi (1) Apa itu RME Realistic Mathematics Educations (1) Blogger (2) Budaya (1) Buku Tes IQ (1) Bus Antar Kota (1) Cake In Jar (1) CARA HITUNG CEPAT DENGAN ANGKA 9 (1) Contoh Pidato. (1) CONTOH SOAL UN 2008 SMK (1) Dampak Negatif (1) Enzim (1) Famili (1) Favorite Stories (2) Fermentasi (1) Folktales (2) Fungi (1) Geguritan (1) Hiburan (2) Holiday (1) Ikan (1) Info Sehat (5) Iptek (1) JJCM (2) Kek (3) Kek RVC (3) Keluarga (4) Kesehatan (2) Kesenian (10) Kisah Bocah SD Peraih Medali Emas Olimpiade Matematika (1) Kuliner (2) Kumpulan Soal Ujian Untuk Sekolah Dasar (1) Labil (1) Lauk Pauk (1) Lirik (1) Matematika SD (2) Matematika SMA (8) Matematika SMK (1) Matematika SMP (7) Mathematic for Kids (1) Metabolisme (1) METODE BELAJAR (1) Muffin Cupcake (2) Musik (1) news (6) Olahraga (2) Operator Matematika (1) Opini (1) Pendidikan (2) PERANAN MATEMATIKA BAGI PENDIDIKAN NILAI (SIKAP) ANAK (1) Pernak Pernik (1) Persamaan Kuadrat (1) Pertanian (1) Protista (1) Puisi (1) Pupuk (1) Puzzle yang Rumit (1) Religi (2) Remaja (3) Resep (7) Resep Aneka Bakwan (1) Resep aneka bubur (1) Resep Aneka Burung (1) Resep Aneka Lontong (1) Resep Aneka Pempek (1) Resep aneka seafood (1) Resep Aneka Sop (1) Sejarah (64) SOAL LATIHAN UJIAN NASIONAL MATEMATIKA SMA 2008 (1) SOAL MATEMATIKA (1) Statistik (4) Tempahan (3) Tips dan Trik (4) Tips Kecantikan (3) Tips Sehat (2) Tips Wajah (3) Tokunime (1) Trik And Tips (1) Trik Menghitung Cepat Kuadrat 100-110 (1) Ujian Masuk UGM (1) Unik (1) Vedic Mathematics (1) Yang Lezat Dari Pisang (1)
Powered by Blogger.

Followers

Cari Blog Ini