Semasa bertembung dengan Puan Rin, my BFF di lobi, beliau mengucapkan takziah di atas pemergian my MIL ke rahmatullah pada malam Maulidur Rasul yang lepas. Sempat juga dia meminta saya membuatkan Red Velvet Cupcake untuk dihadiahkan kepada sahabat sahabat beliau sempena menyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Oleh kerana tempahan kali ini agak banyak jumlahnya, jadi saya tidak mahu menanggung risiko dengan mencuba resepi baru. Saya memutuskan untuk menggunakan resepi yang telah banyak kali dicuba dan proven sedap sertai moist. Cuma resepi cream cheese jer, saya mencuba resepi baru kerana inginkan cream cheese yang betul betul sedap dan cantik bila digunakan untuk menghias cupcakes. Resepi ini dipelajari dari sahabat saya dari Juicy Cafe.
Sebenarnya sejak kebelakangan ini, saya menjadi terlalu insaf melihat hakikat kehidupan. Hidup yang dikelabui dengan timbunan harta, kemilau intan berlian serta pangkat darjat. Mungkin sebab dalam waktu yang singkat, saya telah melihat 2 upacara solat jenazah dan pengkebumian. Menjenguk sendiri lubang liang lahad menjadikan saya merasa amat kerdil bila mana jasad terkujur ditinggal di dalam kubur sendirian. Hanya amalan soleh, sedekah jariah, ilmu bermanafaat dan doa anak yang soleh dapat membantu. Kubur akan diluaskan sebanyak 70 hasta. Semua orang yang disayangi serta harta benda akan ditinggalkan. Tiada lagi guna semua itu kerana ianya tidak akan ikut serta menemani... Sesungguhnya kita diingatkan supaya mengingati kematian dan apa yang berlaku selepas kematian.

Jom kita layan resepi dulu....
Moist Red Velvet Cupcake
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 1/2 cawan superfine flour
1 1/2 sk garam
3 sb high quality cocoa powder
170 gm unsalted butter – lembut
2 cawan gula kaster
3 biji telur - saiz besar suhu bilik
1 1/2 sk vanilla essence
3 sb red food colouring
1 1/2 cawan buttermilk (1 cwn susu & 1 sb jus lemon)
1 1/2 sk cider vinegar
1 1/2 sk baking soda
Cara-cara:
Satukan dan ayak tepung gandum, garam dan serbuk koko.

Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit. Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan esen vanilla dan kacau sebati.
Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).
Nota:

Cupcake dibakar selama 20-25 minit pada suhu 170'C.
Cream cheese Frosting
Bahan bahan:
250 gram cream cheese
60 gram gula ising
200 gram non dairy whipping cream - pukul hingga bertanduk
Cara cara:
Putar cream cheese dan gula ising hingga fluffy dan masukkan whipping cream. Pukul sebati. Sedia untuk digunakan.
Nota:
0 comments:
Post a Comment