Setelah sekian lama tidak bercuti, kami akhirnya ke Kuala Terengganu pada 9 Februari sempena cuti Perayaan Tahun Baru China. Sejak cuti sekolah tahun lepas, kami tidak ke mana mana kerana saya sakit selepas dimasukkan ke ward. Rancangan untuk bercuti semasa cuti Maulidur Rasul juga tertangguh berikutan pemergian Bonda Mertua ke rahmatullah. Sekali lagi, semasa cuti hari wilayah juga terpaksa ditangguh sebab hubby mempunyai mesyuarat dan Agency Goal Setting. Haa hanya ini masa yang ada kerana selepas ini, tiada lagi cuti perayaan atau hari kelepasan.
Kami bertolak awal pagi dan singgah di Perhentian Rehat Temerloh dalam pukul 9.50 pagi. Risau kot lauk hidangan tengahari belum ada. Hmm rupanya, dah nak habis pun sebab terlalu ramai manusia yang berhenti di situ. Ikan baung yang saya cari cari hanya tinggal 2 ketul sahaja bahagian badan, manakala 4 ketul lagi bahagian kepala. Selain mengambil 2 ketul Ikan Baung, saya juga mengambil 1 ketul Ikan Patin Buah yang juga dimasak Tempoyak yang sangat sedap. Mahal ikan patin buah ni rupanya, seketul berharga RM12 berbanding ikan baung yang hanya RM8 seketul. Hmm teringat ikan patin buah di kolam rumah kami yang sudah besar dan panjang. Semasa dibeli dengan harga RM12, hanya berukuran 1 jari sahaja lebar dan panjangnya.
Sampai di KT dalam pukul 4.30 petang, setelah berada dalam kesesakan di jalan pintas Jabor. Selepas solat, kami terus ke Pantai Teluk Ketapang untuk mencari makanan laut celup tepung yang digoreng. Ada ikan, udang, sotong yang dicelup tepung dan digoreng rangup. Selain itu, hubby juga order cucur goreng dan keropok lekor. Harganya sangat murah, hanya RM6 sepinggan. Memang kenyang sesangat ditambah lagi dengan air kelapa dan ABC yang dipesan.
Dalam perjalanan balik, kami singgah membeli jagung manis bakar. Bila habis sebatang jagung, memang dah jadi macam ular sawa yang kekenyangan. Memang sedap jagung ini dengan rasa majerin serta rasa dibakar dengan arang menjadikannya sangat wangi. Dalam perjalanan balik ke hotel, hubby pusing sekitar Pantai Batu Buruk untuk mencari kot kot ada kekosongan bilik di Hotel Primula serta mencari gerai menjual sata.
Dalam perjalanan balik, kami singgah membeli jagung manis bakar. Bila habis sebatang jagung, memang dah jadi macam ular sawa yang kekenyangan. Memang sedap jagung ini dengan rasa majerin serta rasa dibakar dengan arang menjadikannya sangat wangi. Dalam perjalanan balik ke hotel, hubby pusing sekitar Pantai Batu Buruk untuk mencari kot kot ada kekosongan bilik di Hotel Primula serta mencari gerai menjual sata.
Kemudian kami singgah di Warong Norazila di Kuala Ibai yang asalnya untuk melihat lihat sahaja kerana melihatkan periuk nasi dagang yang besar besar itu. Tapi bila melihat nasi minyak dengan beranika lauk dan nasi dagang, saya membeli sepinggan nasi dagang. Tapi itulah, makan dalam keadaan kekenyangan. Kalau makanan kurang sedap, bertambah lah tak sedapnya. Kuah ikan tongkol ni kurang sedap, agak cair, tidak ada rasa rempah bukan seperti yang saya pernah dimakan sebelum ini. Ikannya yang dicubit terlalu sedikit dan tidak berpadanan dengan nasi. Saya merungut dan mengomel. Ini pendapat peribadi saya lah. Hubby makan mee hoon sup dan anak anak pula memesan kerang bakar serta ABC.
0 comments:
Post a Comment